Posts Tagged rawatan penyakit
Cara untuk Mengatasi Insomnia
Tidur adalah amat penting kepada manusia iaitu sebagai satu cara untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian.Setiap orang dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu antara tujuh atau lapan jam sehari ini bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.Apa yang penting adalah keadaan kita semasa bangun dari tidur samaada kita aktif atau tidak bergantung pada jangka waktu tidur kita.
Bila tidur anda mula terganggu ini menunjukkan yang anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda.Apabila keadaan ini berlaku anda boleh dikategorikan menghidap insomnia.Insomnia ini adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna.Ia juga banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki .Ia kerap berlaku seiring peningkatan usia.
Add comment August 7, 2009
Batuk bukan penyakit serius tapi AWAS …!
Batuk biasanya akan berlaku apabila seseorang itu menghidap selsema dan demam dan sebenarnya penyakit batuk ini tidaklah serius dan dalam masa seminggu ia akan hilang juga bersama demam dan selsema.Namun dalam jangka masa seminggu itu sesiapa sahaja yang menghidapnya akan sibuk mencari ubat batuk bagi melegakan kesakitan yang dihidapi.
Batuk sebenarnya adalah tindak balas normal yang baik untuk kita kerana tindak balas yang dikenali sebagai tindak balas refleks ini berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan bahan yang menganggu tekak.Batuk terdiri daripada dua jenis iaitu batuk yang berkahak dan batuk yang tidak berkahak.
Add comment July 30, 2009
Angin dalam tubuh badan
Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.
Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.
Add comment May 6, 2009





