Posts Tagged pencegahan
ALAHAN HIDUNG (ALLERGIC RHINITIS)
Adakah anda sering bersin atau merasa gatal di bahagian hidung ?Dimana sahaja anda berada masalah ini sering terjadi terutama apabila anda berada di tempat yang dikelilingi bahan-bahan yang membuatkan anda cepat mengalami alahan seperti debu,bauan,bulu kucing atau sebagainya.Jika masalah ini sering anda alami ini mungkin tanda anda sedang menghidap alahan hidung.
Apakah itu alahan hidung ?
Add comment July 12, 2009
Apakah Kanser Mulut ?
Mulut terdiri daripada bibir luar,bibir dalam,lidah,dasar mulut,bahagian dalam pipi,mukosa mulut dan lelangit.Pada kanser mulut sel sel dari tisu- tisu yang membentuk bahagian mulut tumbuh secara tidak normal, bahgian yang dijangkiti kanser akan mengalami perubahan warna,bentuk dan rupa.
Kanser mulut mengambil masa yang lama untuk terjadi.Perubahan awal tisu pada bahagian yang terlibat dinamakan Pra Kanser.Pada peringkat ini rawatan awal masih boleh di jalankan untuk mencegah kanser dari merebak.64 peratus berisiko penghidap kanser mulut ialah golongon India.Kebanyakannya dikaitkan dengan tabiat menguyah sirih.
Add comment June 4, 2009
Buasir harus dielakkan.
Buasir adalah satu penyakit yang amat digeruni setiap orang kerana kesakitannya yang boleh mengakibatkan kesukaran membuang air besar.Pada sesiapa yang selalu mengalami sembelit berkemungkinan risiko terjadinya buasir adalah besar.Buasir ini terjadi apabila saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur.Di bahagian dinding dubur terdapat kusyen yang membantu menutup dubur dan memudahkan pengeluaran najis.
Tetapi apabila seseorang itu sering sembelit dan proses meneran akan mengakibatkan kusyen yang melindungi dubur tadi bengkak dan beralih asalnya ini menyebabkan kedudukannya terkeluar dari dubur ketika proses buang air besar dan berlaku pendarahan kerana tisu haemorrhoid yang mengandungi banyak bekalan darah ini tercalar.
Add comment May 11, 2009
Angin dalam tubuh badan
Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.
Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.
Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.
Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini di nasihatkan agar banyak minuma air kosong dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah,kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya inin juga salah satu caranya.Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.
Add comment May 6, 2009
Ulcer Mulut boleh menyebabkan Barah
Kebanyakan dari kita mesti pernah menghidap ulcer.Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapi golongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutama bagi wanita yang mengandung dan datang haid.Ulcer ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.
Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit sperti tergigitbibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam.Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan ,kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.
ulser ialah tompokan putih di dalam mulut ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah.Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulcer tadi.
Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut
-Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak
-Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas.
-Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut.
-Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka
Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mencegah ulcer ini iaitu minumlah air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid,jauhilah makanan yang banyak mengandungi rempah,letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit, elakkan daripada tekanan perasaan.Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari tiga minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut.Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.
Add comment April 20, 2009





