Posts Tagged bayi

Apakah Penyakit Gusi ?

Kebanyakan dari kita boleh mengalami penyakit gusi yang tanpa kita sedari  dari awal.Penyakit gusi ini boleh dielakkan atau jika ia baru bermula ia juga boleh di rawat seandainya dapat dikesan diperingkat awal.

Gejala penyakit gusi ialah :

1-Pendarahan gusi ini kerana gusi yang tidak sihat akan lebih sensitif dan cepat berdarah terutama apabila memberus gigi berbanding gusi yang sihat.
2-Gusi membengkak dan menjadi merah
3-Terdapat ruang antara gigi
4-Gigi kelihatan agak panjang dari biasa
5-Pernafasan anda berbau busuk atau kurang menyenangkan apabila bercakap
6-Keadaan gigi yang agak longgar dari gigi yang normal
7-Terasa gatal atau sakit yang samar-samar pada gusi

 

(more…)

Add comment June 15, 2009

Pengetahuan Mengenai Penyakit Gout

 

Gout adalah penyakit yang sering dihidapi kebnyakannya oleh kaum lelaki dan perempuan yang sudah putus haid atau menopause juga berisiko menmdapat penyakit gout ini tetapi risikonya tidaklah sebesar kaum lelaki.
Tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan penyakit gout mungkin menyerang anda adalah anda mungkin terasa sakit pada sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki.Apabila disentuh sendi itu akan sakit dan di ikuti oleh demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk.
(more…)

Add comment May 27, 2009

Ulcer Mulut boleh menyebabkan Barah

Kebanyakan dari kita mesti pernah menghidap ulcer.Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapi golongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutama bagi wanita yang mengandung dan datang haid.Ulcer ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah  serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut  dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit sperti tergigitbibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam.Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan ,kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.

ulser ialah tompokan putih di dalam mulut ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah.Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulcer tadi.

Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut
-Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak
-Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas.
-Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut.
-Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka

Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mencegah ulcer ini iaitu minumlah air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid,jauhilah makanan yang banyak mengandungi rempah,letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit, elakkan daripada tekanan perasaan.Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari tiga minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut.Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

Add comment April 20, 2009


kerja sambilan

Jana Pendapatan

Tambah Ilmu


Analisis Penyakit

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Categories

Meta

Tags

aids akibat bayi dadah darah demam demam berdarah diabetes flu burung ginjal hipertensi infeksi jantung kanak kanak kehamilan kesehatan kesihatan kulit malaria migrain obat tradisional otak paru paru pencegahan pengobatan penyakit penyakit jantung penyakit sawan pergigian perubatan petua pusat rawatan islam rawatan rawatan air mentah rawatan bekam rawatan herba rawatan laser rawatan mata rawatan penyakit rawatan pergigian sakit selsema selsema babi terapi ubat sihir

Blog Stats

Top Clicks

Top Posts

Archives