Pengetahuan Mengenai Penyakit Gout

May 27, 2009

 

Gout adalah penyakit yang sering dihidapi kebnyakannya oleh kaum lelaki dan perempuan yang sudah putus haid atau menopause juga berisiko menmdapat penyakit gout ini tetapi risikonya tidaklah sebesar kaum lelaki.
Tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan penyakit gout mungkin menyerang anda adalah anda mungkin terasa sakit pada sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki.Apabila disentuh sendi itu akan sakit dan di ikuti oleh demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk.
Penyakit Gout ini terjadi akibat dua faktor iaitu asid urik yang berlebihan di dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang dengan berkesan di dalam badan.Oleh kerana asid urik berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum jarum kristal di sendi sendi dan sakit serta ia juga akan membentuk di tempat lain juga akhirnya akan menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.
Ketidakseimbangan asid urik ini juga mungkin disebabkan faktor keturunan, memakan makanan yang kaya purin,obesiti,pengambilan alkohol yang berlebihan,kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat ubatan tertentu seperti diuretik dan aspirin.
Tanda atau simptom penyakit gout menyerang
 -Terasa sakit sendi secara tiba-tiba terutama di bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
-Sendi menjadi bengkak,kaku serta panas dan merah serta merta apabila disentuh dan menyebabkan pesakit demam
-Benjolan akan di dapati dekat sendi dan cuping telinga disebabkan timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
Bila serangan gout akan berlaku?
Serangan gout ini boleh berlaku secara tiba- tiba dan tanpa sebab yang ketara tetapi keadaan tertentu juga boleh menyebabkan ia berlaku iaitu kekurangan air di dalam tubuh apabila makan berlebihan, minum air yang beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga setelah pembedahan.Serangan tiba-tiba akan lebih ketara apabila tengah malam iaitu pesakit akan rasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat yang sakit dan akan menyebabkan mengigil dan demam dan ini akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudian akan berhenti sendiri rasa sakitnya tetapi bukan bermakna sembuh tetapi jika tidak diubati sakit ini akan kembali menyerang kembali dan serangan yang kerapa kali di bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.
Penyakit Gout ini sering terjadi kepada lelaki yang berusia 30 tahun ke atas dan perempuan juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas putus haid.Dan faktor keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.

Entry Filed under: Uncategorized. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


kerja sambilan

Jana Pendapatan

Tambah Ilmu


Analisis Penyakit

 

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Categories

Meta

Tags

aids akibat bayi dadah darah demam demam berdarah diabetes flu burung ginjal hipertensi infeksi jantung kanak kanak kehamilan kesehatan kesihatan kulit malaria migrain obat tradisional otak paru paru pencegahan pengobatan penyakit penyakit jantung penyakit sawan pergigian perubatan petua pusat rawatan islam rawatan rawatan air mentah rawatan bekam rawatan herba rawatan laser rawatan mata rawatan penyakit rawatan pergigian sakit selsema selsema babi terapi ubat sihir

Blog Stats

Top Clicks

Top Posts

Archives