Archive for March, 2009
KERJA SAMBILAN
Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak stabil, banyak diantara kita yang mencari kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan isi rumah.Di sini kami juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama memberi peluang kepada anda untuk menambahkan pendapatan hanya dengan bermodalkan RM30 sahaja anda layak untuk menjadi ahli dan juga akan menerima E-Book, Sofware dan script.
Untuk keterangan yang lebih lanjut sila layari http://tinyurl.com/nextcash
Add comment March 23, 2009
KEMURUNGAN
Sesetengah dari kita selalu mengadu sakit badan,sentiasa lesu, lemah, dan rasa malas untuk melakukan sebarang aktiviti dan mengatakan ini semua berpunca dari kelitahan akibat bekerja keras.Adakah betul tekaan anda?Sebenarnya ramai yang tidak tahu yang tanda tanda atau simptom seperti itu bukan sakit badan biasa yang disebabkan oleh letih tetapi adalah tanda tanda anda berisiko untuk mendapat penyakit kemurungan.82 % orang yang pergi mendaptkan rawatan tidak mengetahui ia sakit dan manakala 18 % lagi mengambil pil anti kemurungan.
Sebenarnya untuk pengetahuan anda penyakit kemurungan ini adalah serius dan menjadi penyakit ke-empat serius didunia dan penyakit ini juga bukan penyakit yang sengaja diada-adakan lebih-lebih lagi dalam ekonomi gawat sekarang ini yang membuatkan ramai orang yang mengalami masalah dan mula berfikir banyak.Tanda-Tanda penyakit kemurungan ini ialah kurang minat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan,hilang mood dan rasa cepat marah, menjadi sensitif dan sedih tanpa sebab, hilang tumpuan pada kerja dan sampai satu tahap pesakit akan bertindak ingin membunuh diri akibat tekanan perasaan yang kuat.
Kemurungan ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonim dan noradrenalin.Serotonim ialah bahan kimia dalam saraf pusat yang boleh mengubah mood seseorang.Kemurungan ini juga boleh menyebabkan pesakit berisiko mendapat penyakit berbahaya lain seperti kencing manis.
Jenis-jenis kemurungan
1-Reaktif-Paling biasa dan disebabkan oleh trauma
2-Endogenus – Tidak dapat biasakan dengan kehidupan seharian dan adalah disebabkan unsur genetik.
3-Penyakit Bipolar – Penyakit kemurungan mania
Kemurungan ini dapat dicegah jika kita menjalani kehidupan dengan sabar dan tenang,jangan terlalu ‘high expectation’ hingga sukar untuk dicapai, rancang segala tugas dengan teratur, elakkan duduk bersendirian dan memikirkan sesuatu masalah, libatkan diri anda dengan aktiviti yang berfaedah, bawalah berbincang jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan yang penting jangan salahkan diri sendiri jika berlaku kegagalan.
Add comment March 16, 2009
RAHIM LONGGAR PUNCA BAYI PRAMATANG
Bagi kehamilan normal selalu kita dengar tempoh kehamilan sembilan bulan tujuh hari.Namun tidak semua bayi yang dilahirkan tepat seperti tarikh jangkaan.Kebiasaannya bayi akan lahir awal sedikit dan jika terlewat dari tarikh jangkaan akan mendatangkan risiko kepada ibu.Kelahiran yang lewat kan menyebabkan uri rosak dan bayi lemas.Bayi yang cukup bulan untuk dilahirkan ialah pada peringkat 37 minggu keatas dan jika dilahirkan lebih awal dari tempoh itu dinamakan pramatang.
Tempoh pramatang ialah antara 32 minggu hingga 36 minggu tetapi jika berlaku kelahiran dalam tempoh ini risikonya tidak tinggi tetapi kalau kurang dari 32 minggu iaitu 28 minggu contohnya risiko adalah amat tinggi.Pada kebiasaannya dalam tempoh 28 minggu ini bayi mempunyai berat sebanyak 1 hingga 1.2 kilogram dan ini katogeri tidak cukup berat badan dan masalah utama yang di alami ialah paru-parunya tidak kuat.
Faktor berlaku kelahiran bayi pra-matang
1. Disebabkan rahim yang mudah menguncup ini mungkin kerana keadaan ibu yang stress dan banyak bergerak atau tempoh bekerja yang terlalu panjang.Sebab lain mungkin perjalanan menaiki kenderaan yang kerap ditambah pula jalan yang bengkang bengkok dan tidak rata juga mengakibatkan rahim mudah menguncup.
2. Jangkitan kuman pada kandungan.Ini berlaku jika si ibu sering demam viral dan selsema.Selain itu jangkitan kuman di pundi kencing sering menyebabkan kuncupan rahim.
3. Rahim berpenyakit seperti mengalami ketumbuhan fibroid atau endometriosis.Atau keadaan rahim yang sempit dan ada juga kelahiran pramatang berlaku sebab pintu rahim ibu yang longgar mungkin kerana sebelum ini ibu pernah mengalami keguguran.Untuk mengelakkan rahim menjadi longgar ia perlu dijahit untu mencegah keguguran pada kandungan.
4. Berlaku apabila kelahiran kembar.
Tanda-tanda kelahiran pramatang
Berlaku apabila ibu mengalami sakit perut tiba-tiba dan perutnya mengeras walaupun tarikh bersalin masih jauh dan ini adalah tanda si ibu mengalami kuncupan rahim warming up sebelum sakit bersalin.Jika tanda ini ada pada kehamilan yang tidak cukup bulan teruslah bertemu dengan pakar perbidanan terdekat supaya ibu mengalami proses melahirkan bayi pra matang dengan selamat.
Add comment March 11, 2009
Zat Penting Untuk Otak
Otak memerlukan khasiat yang mencukupi untuk berkembang baik dan otak perlu dijaga kerana ia adalah organ yang paling penting untuk manusia.Namun begitu adakah anda tahu apa zat atau khasiat yang cukup diperlukan oleh otak?
1)Protein – protein membolehkan otak menghasilkan bahan-bahan neurotranemitter untuk membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel ke sel yang lain.Dari protein juga terhasil enzim-enzim untuk berbagai fungsi sel.
2)Lemak – Melalui lemaklah tubuh badan kita dapat memperolehi bahan-bahan asas untuk membina mambran sel.Jika lemah dinding sel maka lemahlah sel otak.
3)Glukosa – Glukosa adalah sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi dan glukosa diperolehi dari kaborhidrat.
4)Garam Galian – Garam galian sperti magnesium,kalsium sodium,potassium dan selenium penting untuk sel berhubung antara satu sama lain dengan sempurna.Ia juga membantu dalam fungsi enzim.
5)Vitamin – Penting untuk menghasilkan bahan penting untuk otak dan ia berperanan untuk mempertahankan oksigen dalam otak.
Add comment March 3, 2009





